Selamat  datang ke  laman  web ' Script Career  '

Anda  telah  sampai  ke  destinasi  yang  anda  impikan  bagi  seorang  penulis  skrip.  Hidupkan  kerjaya  anda  melalui  program  bersiri  dari kami.Industri perfileman Malaysia kini  semakin  maju  dan penuh  persaingan. Syarikat-syarikat perfileman tumbuh  bak  cendawan, membuka  satu  lagi  kerjaya yang  hanya  mensyaratkan  idea  cerita  dan kekuatan penskripan.Anda  berkerjaya  sebagai  penulis hanya  dari  rumah  atau  pun  di  lokasi  penggambaran...dan  ia  pasti  menyeronokkan. Masa  depan  seorang  penulis  skrip  sangat  cerah  apabila  pasaran perfileman  memerlukan lebih  banyak skrip untuk  dilakonkan.

Kini,  untuk  merealisasikan  impian  anda, kami  menawarkan Kursus Jarak  Jauh ,Persediaan  Penulisan  Skrip( Drama/Filem)

Oleh  kerana  permintaan  ramai,  kursus jarak  jauh kami  pada  kali  ini  dijalankan  dan  setiap  peserta  perlu  melengkapkan  sesi  kursus  selama  2  bulan  sahaja. Tatacara  dan  panduan  untuk  belajar  skrip   secara  jarak  jauh,  akan  diberikan. Bimbingan  dan  sokongan  padu  akan  mengiringi para  peserta  yang  mengambil  peluang  ini.